Assalamualaikum WBT...
Hari ini adalah hari yang sangat letih bagi saya...
Mengapa?
Kerana berlari kesana kemari menguruskan hal pameran RESQ di Dataran Cendekia UiTM Shah Alam, menemani sahabat saya ke klinik akibat demam panas yang melampau, berkejar ke kelas Research Methodology (takut dapat duduk belakang nnti tak nampak), jumpa komander senior, dan macam-macam hal lain lagi yang tak setel-setel! Sambil berpuasa pula tu (takpe2 dugaan!)
Padan muka saya! Tangguh keja sememangnya tak beri pekdah apa-apa kawan2! Kini saya insaf (kununnya)....
Keadaan saya yang kelam kabut sebegini, membuatkan saya terfikir, layaklah saya menyambung Master lepas degree ni?
Serious ke nak sambung Master ni NAd? To tell u the truth, WO PU CHE TAU!
Buat degree ni pun dah nak terbalik dunia, apa lagi nak sambung Master?
But honestly, far deep in my heart, I really want it to be reality...
MENGAPA?
Sebab mama suruh...ke?
Sebab abah harap...ke?
Sebab nak jadi lecturer...ke?
Sebab nak banggakan family...ke?
Sebab nak lebih daripada orang lain...ke?
Sebab tanak kawen cepat...haish! Ni saja nambah nasik! Nak kawin, nak kawin....
Hehehe...fenin-fenin...
Sebenarnya sebab saya nak cabar diri sendiri...
Saya melihat mama dan abah saya berjaya menyambung Master in Business Admin kira-kira 10 tahun lepas, walaupun ketika itu mama masih bekerja sebagai HR executive di Felda Angkut Jln Semarak, dan abah pula Marketing Executive di Hill's Eatery and Cafe Setiawangsa...
Pengorbanan abah dan mama tak usah dipersoalkan...masih terngiang-ngiang di telinga saya mama dan abah sering berpesan pada kami agar bersabar untuk 2 tahun tempoh pengajian mereka, selepas itu mereka berjanji untuk memberi kehidupan yang lebih selesa pada kami adik-beradik...
Dan mama dan abah berjaya buktikan...Walaupun taklah sesenang mana, namun kami mampu survive tanpa hutang keliling pinggang...Alhamdulillah...
Mama selalu cabar,
" Hello miss, mama dulu was working tau, kelas mlm sampai 11 pm, anak kecil masih breast feeding, but still able to complete my master, engko tu kawin belum, anak takde, takkan tak mampu kot? Ek eleh..." (mama saya memang sempoi...sebab tu kami rapat macam member)
Abah pulak,
" Abah dulu naik motor je pegi keja, pastu lari plak pegi class....and you? Even got the Satria..." ooo abah den tak cakap banyak, sikit namun podeh!
Namun actually those words were to lift up my spirit...
Ramai di kalangan lecturer saya amat menggalakan kami menyambung master dengan merebut peluang Young Lecturer Scheme yang ditawarkan UiTM...
Erm, interesting gak tu...
Tapi nak sambung apa ye??? Mass Comm lagi? NO WAY! Bosan nya!
Saya nak sambung Business, just like my parent did...tapi takut tak mampu buat pula...
Ada apa-apa advice tak kawan-kawan? IN NEED ASAP!
Sekian TQ...^_^
ps :
Kalau nak sambung dalam bidang masakan okeh tak? Huiyo best tu!!! (poio cik nad ni, goreng nugget pun hitam....)