Thursday, August 11, 2011

Selamat Hari Lahir Abah....


Kek abah tpi kitorg dah ngap suku..



Aitceh. Boleh jadi tajuk drama Rashid Sibir. He3.

Well my Abah, kakak tak pandai langsung nak tunjuk yang kakak sayang kat abah. Hakikatnya kakak sayang sangat kat abah because you are the best father in the whole world despite all. Takde orang lain yang boleh sabar lagi bertahan dengan macam-macam kerenah yang telah ditimbulkan oleh saya. He3. Satu hari nanti kakak akan buktikan bahawa kakak boleh banggakan keluarga kita! 


SELAMAT HARI LAHIR ke-52 ABAH !



Abah yang x suka snap gmbar, lalu menikmati kek beliau. 
Sila abaikan jemuran di belakang kerana rumah sedang renovate, takda tmpat nak jemur kain. :P
(tiada dalam gambar : Nada Syahira di MRSM Pontian)





psst : Dunia makin hodoh dari hari ke hari. Manusia makin bodoh dari hari ke hari.




Wednesday, August 10, 2011

Eh dah nak raya la....

Aku kesat-kesat mata. Sapa pulak yang over pasang lagu raya pagi-pagi buta ni. Kemain lagi Dendang Perantau. Baru aku nak sound check, rupanya encik Abah punya hal, sambil masak nasik goreng demi keluarganya bersahur. Pelik aku selalu bukak Astro Oasis, he2 beruntung aku tak payah masak sahur kali hari ni.

Baru aku ada feeling, dah nak raya dah. Tak sedar dah seminggu lebih berpuasa. Penuh tak penuh itu no comment la kan. Tapi dosa woo tak puasa dengan sengaja. Baik puasa je, dapat pahala. Tak gitu yop?

Risau jugak aku tgk keadaan rumah yang macam kapal Titanic tak jadi karam. Chaos je lebih. Ni yang aku malas kalau bercakap pasal etika kerja dan punctuality kontraktor bangsa aku ni. Janji sebulan dah boleh siap renovation ni, tup-tup dah 2 bulan, dah nak dekat raya dah ni. Aku tak tau, esok korg kena raya sambil tampal simen kat umah aku karang.

Tangan aku ni dah gatal-gatal ringan nak menulis sebenarnya. Lalu terimbaslah kembali ingatan zaman rajin update blog dulu-dulu. He2 nasib baik blogger ni takde expiry date. Kalau tak memang dah kena block la account aku. Nasib baik ada lagi. Cuma aku tukar sikit-sikit la bersesuain dengan mood dan personaliti terkini. Aitceh.




Raya ni aku boleh confirm lah x sebest dulu. Mesti punyalah. Ni yang nak start touching down ni. Takpa lah, beliau berdua selamat di sisi Allh swt. Semoga Hanim dan wan achek dicucuri rahmat. Rasa cam tak nak dah balik Pilah, tapi kalau bukan kitorg yang kasi kecoh rumah wan, sapa lagi. Hanim, aku nak perah santan ngan sapa pasni. Aku nak bakar lemang camana takda kau. Along pun takda, TLDM tak bagi dia cuti so dia raya atas kapal kat KK. Ni yang tetiba air memenuhi kornea ni. Ku tahan Jebat.

Aku tak dengar pulak dentuman mercun puasa ni. Belum lagi kot. Mungkin sebab pailang mercun area Danau Kota belah balai polis ni semua dah tercampak kerja jauh-jauh. He2 aku rasa itulah sebabnya, selalu adik aku and the geng yang jadi pusher nya. He2.

Walaubagaimanapun, raya tetap raya. Kita kena jugak raikan kemenangan kita menentang nafsu. Aku bersyukur masih mampu bernafas di bumi Allah Taala ini. Walaupun aku semakin sihat dari hari ke hari, aku bertuah aku masih ada keluarga dan rakan-rakan yang still sayang siap cuddle-cuddle aku. He2 ameen ya rabb.




Psst : Setiap hari time solat selalu doa supaya tahun depan solat berimam pulak. he2 ameen.




Monday, January 17, 2011

Kawanku kawin lagi....

Salam to universe...

Sabtu lepas sorg lagi kawan aku kawin....

Aku tak dpt pegi.... Duty jaga budak2 kor.....

Dahtu ko plak Mohd Safuan and Azlina Noordin kawin tanak nak dekat plak...

Johor Bahru ko bantai.... Tak terpegi aku....

Tape2, kt KL sok, aku sure gi punya....

Neway tahniah ye sahabat~! Aku kagum ngn korg! Habis2 study je trus kawin! Terbaik!

Mana de aku jeles... ok je..... (ketap bibir)



Tahniah jugak pada member baikku Aliah dan Sufian atas kelahiran
putera comel bernama Mohd Izz Mikail b Sufian~

Gile comel anak kau!

Ikut sape ntah, aku pun x sure... he he he acah je!

Susah nak dpt tu, 2 kali gugur...

So jaga elok2....

Esok mama Nad pegi tgk baby ok~!!



Kurniaan Ilahi...





Monday, December 27, 2010

Update

Salam Alaik to Universe.....


Update jgn tak update.... Sebelum malas......




Tahniah Farah dan Faizal atas perkahwinan kau org....
Aku jeles tau.... Farah : Makcik aku yg beza 2 thun je dgnku....




Sorry sei tak dapek make over acek...
Sei domam plus dah retire....





Anak dara ni sila jgn kacau, klu tak abang dia akan lebamkan biji mata kamu...
Nada Syahira Kamaruzzaman...
Tahniah baby for your performance in PMR!





Baby dan kakak dia yang menahan demam sampai menggigil2...
Namun demi makcik tersayang, ku tahan jebat!





Petang itu ibu kami dimasukkan ke Hospital Tawakal kerana asthma dan demam panas
melampau....


Adik ku dua-dua demam panas juga secara tiba-tiba...


Secara automatic aku rasa sihat tiba-tiba mengenangkan keadaan yang sungguh tidak disangka ini....


Syukur Alhamdulillah Allah SWT beri aku dan abah kekuatan menghadapi semua...


Hari ini, semua beransur sihat.... Tinggal ibu sahaja masih di hospital....


Oh ya, lupa nak cerita...


Aku terjatuh (akibat penyakit ketidakseimbangan badan ku yg susah nak diubati) di Masjid Juasseh, Kuala Pilah semasa akad nikah makcik aku, lalu menyebabkan pergelangan kaki kiri ku terseliuh lalu bengkak dengan hebatnya.... ti hi hi


Namun sakit jgn dilayan.... Nanti bertambah parah....







Mama sorry kakak terberjangkitkan virus kat mama...
Tak sengaja.... ti hi hi
Mungkin berjangkit kat mama time peluk cium mama tu kot...
(Abaikan coke disitu... itu bukan org sakit punya)



Sempat juga aku masakkan sambal ikan bilis favourite ibu sebelum melawat beliau di hospital petang tadi...


Pedas betul... Cili yg digunakan adalah hasil petikan di Kampung Kuala Pilah tempoh hari...


Patut pun pedas... Cili kampung.... (sape nak kawin ngn kami, sila ceburkan diri dalam industri pembuatan makanan pedas... kami tak layan sweet and sour... sekian terima kasih)






Aku paling cinta ibu dalam dunia!
Tiada tandingannya!




Bersama lelaki paling kucintai selepas abah...
Hantar dia ke UiTM Puncak Alam esok...






3 sahabat baik dalam susah dan senang...
InsyaAllah....





Last pose before we went back...
Gona dream momma tonite.....



InsyaAllah kalau tiada aral melintang, ibu pulang ke rumah esok petang...


Pagi aku akan ke Puncak Alam hantar lelaki itu ke kampusnya...


Semoga perjalanan kami lancar dan dirahmati Allah SWT....





psst : menjadi anak yg pertama berat tanggungjawabnya, namun bukanlah berat sehingga tidak mampu dipikul.... buktikan kau mampu walaupun kau bergelar perempuan....



Saturday, December 25, 2010

Sepital

Hari ini ibu masuk wad.....

Abah jaga ibu di hospital....

Adik dua-dua demam panas.....

Aku jaga dua-dua di rumah....

Sedangkan aku sendiri hampir tumbang tadi.....


Ya Rabb, berikan kami kekuatan.... Ameen.....



rindu kau


aku rindukan kau sahabat dunia dan akhiratku....
lekas-lekas pulang ke tanah air kita ni....
ku tunggu kau seperti yang kita janjikan....



psst : aku rindu juga org lain, tapi belum tentu dia rindu aku......... baik rindu kt ko je syid~!

Ya Begitu~

Salam Alaik to universe....


Malam ini Allah SWT buka hatiku untuk jenguk kembali apa yang tergantung ini....

Syukur, masih ada isinya....

Ini malam Xmas, berdentum-dentam kiri dan kananku....

Meletup, macamlah Tahun Baru Cina, tpi ada pula nyanyian Xmas Carol.....

Pelik aku.... =)



Ujian Allah SWT, x kira masa dan ketika...

Namun segala puji-pujian ku lambakkan pada Pencipta yang Maha Agung,

Kerana ujian diberi setelah segala-galanya berakhir.....

Syukur, syukur, syukur...... Siapa engkau jika ingkar bersyukur?



Anugerah terindah pada kami sekeluarga semalam,

Tahniah adik atas kejayaan mu yang teramat aku banggakan,

Telah kukatakan usaha tidak pernah menipu,

PMR ini adalah titik permulaanmu,

Jgn sesekali kau alpa dengan kemenangan,

Jgn kau ulang seperti apa yang telah kakakmu ini lakukan suatu ketika dahulu,

Jadikan pengajaran terbesar dalam hidupmu atas kisah hidupku....



Aku? Bagaimana hendak ku khabarkan.....

3 minggu di UiTM semenjak Aidiladha pertama,

Aku mampu menghela nafas puas setelah segala-galanya menjadi...

Terima kasih kepada SEMUA yg menabur budi....

TERIMA KASIH jurulatih, para pegawai kadet SISPA Pertengahan, Para Pegawai JPAM,

Staff UiTM, dan TAHNIAH pada pegawai yang ditauliahkan....

Memakai gelaran LT.M (PA) bukan kecil tanggungjawabnya,

Serasa seram sejuk ketika menerima tabik hormat daripada jurulatih yang paling banyak budinya pada kami....

Oh tolonglah, kami bukan siapa-siapa tanpa kalian..........

Oh pegawai, jgn sesekali kau tinggikan hidungmu menongkat langit.......




Istiadat Berjalan Lalu sebelum Pentauliahan




Terima Kasih wahai Jurulatihku....
Begitu banyak jasa dan bakti kalian pada kami...





3 minggu di UiTM, beralih 1 minggu di Sgi Nenggiri, Gua Musang......

Pengalaman terhebat sepanjang yang pernah kuceburi....

Rafting dengan Rubber Dinghy, bersama lagi 8 orang dalam satu raft,

Meredah jeram mengalir deras menggila kerana musim hujan,

Mana mungkin kulupakan peristiwa raft terbalik sehingga menghanyutkan pendayungnya....

Mana mungkin kulupakan pengalaman tanpa tandas, hanya sungai sebagai markas,

Mana mungkin kulupakan seorang demi seorang tumbang selepas hari pertama rafting di Sgi Nenggiri yang menggila,

Mana mungkin kulupakan tidur berbumbungkan khemah kebasahan menggigil kesejukan hingga ke tulang hitam....

Dan mana mungkin kulupakan abseiling di Gua Cha tanpa dinding penyokong, hanya tali sebagai pegangan.....

Tak mungkin kulupakan..........


Muda hanya sekali ini sahaja, tak salah aku merebut peluang walaupun sehingga jatuh sakit begini....

Tergelak aku mengenangkan kekuatan psychologyku yang lemah ini,

Mampu sahaja aku bertahan berhari-hari di dalam air, di dalam hutan,

Lantas sampai di darat yang selesa, terkulai seperti tak makan....

Hentam sajalah labu~!!!!




Saat gemilang sang juara~!!
KD LEKIU terbaik~!!!









psst ~ sedang mahu membuka topeng di muka, tapi bagaimana ya? Fair and Lovely mungkin? hua hua hua...........







Aku Tahu....

Salam Alaik......


Ya Rabb,
Aku tahu aku bersalah,
Aku tahu aku cuai tambah lalai,
Aku tahu aku mampu tinggalkannya,
Lalu bagaimana bisa aku tebus kealpaan ini?


Ya Rabb,
Saban hari panggilannya aku terima,
Saban hari aku paksa diriku telan segala kepahitan di keronkong,
Saban hari aku menghentam diri dieselubung rasa bersalah,
Lalu cara apa bisa aku terangkan yang gelap agar kering terasa basah?




Semoga cahaya yang Kau beri tidak pudar,
Semoga jalan yang Kau tunjukki tidak hilang,
Rabbana, atina fiddunya hasanah
Fil 'akhirat hasanah...........

Buat Kamu Yg Mengerti....


Lahir dari hati dalam sekali...



Mungkin ombak yang menari akan terus berlalu,
Lantas membawa pergi buih-buih rindu,
Mungkin embun kan mula mengering,
Saat haba bertebar di awangan,
Mungkin masa kan jadi lampau,
Kala jam tak berhenti berdetik membawa usia,

Walau sungguh pun waktu berkuasa,
Kau sahabat sejati, takkan lapuk ditelan cuaca....


Kau sentiasa ada disana,
Kala hati dirundung keluh kesah, hilang arah,
Atas kebaikan yang tidak kau sedari,
Oleh segala canda yang bikin hidupku lebih bererti saban hari,
Kau buat aku selalu mengagumimu dalam diam....


Dan sahabat, silaturahim ini milik Allah,
Sang Pencipta yang tiada bandingan,
Maka ada talian yang perlu kita jaga,
Maka ada hati yang perlu kita isi,
Kita candakan dengan tawa cinta,
Cinta Ilahi dan hakiki....


Hujan kata ini tak lain mengingatkan aku dan kau,
Bahawa tiada harga yang lebih tinggi daripada pertalian ini,
Dan sekeping tanda hati agar jangan kau lupa,
Ada bahagia untuk bergelar seorang saudara....


Andai bila kamu bisa, maka aku juga bisa.......




Hati si pencinta ,
Nada Nadzhirah Kamaruzzaman,
Waktu Cinta Bertebar,
0111

Friday, May 14, 2010

Ulau, Epul dan Thomas


Salam Alaik to Universe....



Perkara pertama aku buat apabila bangun tidur adalah cari newspaper
(alah tak payah la nak persoal aku tak selak selimut ke, bangun dari katil ke, bukak pintu bilik ke, ada gak yang mintak penampar laju-laju ni)...



Kekadang mamak sokkabar tu belum datang deliver lagi aku dah tunggu depan rumah.... Senyum je mamak tu past paper kat aku... Eleh nak ngorat la tu...




So pagi tadi sedang aku genyeh-genyeh mata (effect baru bangun tido, mata still kabur disebabkan pembentukan protein dalam mata atau nama saintifiknya **** mata), aku terbaca lagi berita tentang JPAM.... Muka belakang sekali U.Msia...




So aku tak payah teka cerita pasal apa, dah tentu nya cerita pasal sedara Cik Ana bin Conda (bin ya sebab Cik Ana transvertite)...



Tapi kali ni aku ngeri! Ular sawa yg anggota dapat tangkap kali ni besar punya... Boleh telan aku der...



Aku pikir-pikir balik, bagus lah jugak reporter ni cover cerita JPAM masuk paper...



Lama-lama orang kenal jugak apa itu JPAM ye tak... daripada takde, baik lah ade....



Lepas seketika aku tenung muka ulau tu, aku dah naik ngeri, aku pun patah balik pergi muka 3 sebab nak baca cerita kes perbicaraan SB vs DSAI...



Aku antara peminat perkembangan kes yang sat kembang, sat kecut ni... La ni kembang balik...



Baca transkrip penuh perbicaraan membuatkan hari aku bermula dengan loya dan ngilu...



Seram sejuk aku baca pengakuan SB... erm, memang kamu seorang yang berani SB... Teruskan perjuanganmu.... Aku no comment le menda-menda ni.... Karang blog aku plak naik frontpage...



Sampai la ke berita Piala Thomas... oh bab-bab badminton ni kalau borak ngan my mama lah yang paling best....



Kaki, tangan, kepala lutut, buku lali, semua terangkat tanda bersungguh-sungguh bercerita...




Fanatik sungguh ngan badminton mak aku ni.... Punya fanatik sampai dia praktis serve style Misbun Sidek atau orang panggil 'Servis S' aka Servis Sidek, pastu dia apply time tournament sekali disqualified... wahaha mama-mama... kitorang kalau kutuk dia bab ni memang kena terajang lah kitorang adik-beradik... oh sila jangan tukar channel, kami adik-beradik dengan mama kami memang camni...




Cita-cita mak aku kini tiada lain selain merampas kembali Piala Thomas semenjak Malaysia kering dengan kemenangan dah lebih 10 tahun dah... ntahla... no comment sekali lagi...



(tiba-tiba terpandang baju Uniform yang tergantung belakang pintu)



Alamak, baju tak alter lagi... kursus dah nak dekat ni....



Aku pun sama macam member blog sebelah... suka tangguh kerja.... hehehe...




Esok la, lusa ade lagi, tulat pun boleh ...............
Lupa! Gackt still kat sepital lagi..... erm ;'(



*****


Gackt, aku rindu kau..... Lekas sembuh ye..... kita gi perang lagi pasni..... muahahah...






Ni ler Gackt sebelum kena sumpah... muahaha..











PS :


Apasal aku dah 2 hari berturut-turut mimpi menda yang sama dalam jln cerita berbeza....
Apakah tandanya..... Erm, mimpi mainan tidur je kot.... Jgn jadi betol2 sudah.... x sanggup!




Thursday, May 13, 2010

Tumbuk-menumbuk-ditumbuk-tertumbuk-tumbuk cili


Salam alaik to universe...


Dengan ke'terrOr'an adik dan abah aku, dah dapat dah rumah orang yang melentung Gackt (keta Satria Baja Hijau) aku kelmarin...


Sian Gackt aku... rabak body dia... sob sob ;'( im sorry....


Gackt (cara sebut Gak-Kutt-Toh) aku tu je la harta yang paling best mak abah aku bagi....


Dengan Gackt macam-macam dah aku buat...


jahat,jahat gile,Gile Jahat, baik,baik gile,BAIK TERAMAT semua dah buat...


So mana boleh aku diam je tgk member aku parah kan...



So back to the story, abah aku ngan adik aku pasang kaki cari kereta terbabit, lalu akhirnya terjumpa jua rumah pemandu berkenaan...



Mak aih depan sekolah agama aku aje... mak aih bapak member bola adik aku aje... mak aih member surau sap kok abah aku aje... adoi..... aku boleh pulak tak kenal kan.... nampak sangat tak join meronda malam time rukun tetangga... time main mercun join pulak....



Dah tu abah aku hot jugak la kan member buat hal.... Tapi abah aku ni daddy cool.... Dia pun gentle je lah pergi rumah pakcik tu...



Mau tak terkejut org tua tu tgk abah aku datang bawak kereta yang dia dah lentung....



Abah aku datang cara gentle, salam cangkuk (heheh tadelah) pakcik tu and tanya khabar cam biasa lah style pakcik...



" Assalamualaikum wbt R*****, apa habaq? Adoi engkau ke yang langgar Gackt anak aku.... kesian dia tak lalu makan tu kat rumah... dia suruh ko beli Gackt baru Neo R3 Lotus Racing green kaler dulu, baru dia ada selera makan... so amacam? Setel? "



" Wslam abg Man! Boleh2, apa ada hal... Jom esok turun showroom Proton Setapak Branch "



" Bagus la kau ni R*****, esok ko langgar kereta bini aku pulak... "




-Sila jangan percaya-




" Assalamualaikum wbt R*****, apa habaq? Ni aku datang cara baik, jadi kita settle cara baik lah ye... "



" Walaikumsalam wbt bang! Aduh saya minta maaf banyak-banyak la semalam dengan abang dan anak abang... Saya tak nampak sungguh kereta dia... Teruk jugak kereta ye bang... " (sambil membelek-belek body Gackt aku... Sian
Gackt aku, malu2 dia org belek body dia..huhu)




" Teruk sebab tu aku datang... Ni mau nak dekat seribu jugak ni, cat, bukak body, ketuk bla bla bla... Yang aku pelik kenapa engkau pergi mcm tu aje... Itu yang aku terasa sikit ni.... Kalau budak-budak yang langgar takpelah jugak... Ini org tua macam engkau " (Abah saun direct)




" Saya minta maaf banyak-banyak dengan abang... Sebenarnya ni kereta orang rumah saya... Baru sebulan umur dia.... Saya panik kemain semalam.... Takpelah esok kita ke workshop kita setel la... Tak payah la buat report polis ye "




" Ko dah terlambat lah R*****, anak aku lagi laju.... "



" Aitsehwoman................. "




Jadi setel la sudah masalah Gackt aku yang tercedera tanpa perlu tumbuk-menumbuk....



Kalau ikut darah muda adik aku, dia nak taruk je org yang langgar tu (sebelum dia tau itu bapak member bola dia)....



Tapi abah aku tak bagi... dia kata tggu, gaduh bukan jalan penyelesaian... cewah lecturer punya ayat macam tu la....



So aku bersyukur sangat-sangat menda dah setel, boleh la aku sambung makan nasik...









Pas servis terus jadi cmni keta aku... huiyo!
(sedang tutup mata sambil tangan di atas dahi tanda membayangkan menda best-best)





Pesanan terakhir :


I LuV Islam ada menerbitkan satu majalah "Majalah Remaja Sempoi aka MARS"...
Memacam ada yang best-best untuk kita-kita aje (yg x remaja tak payah lah en...)
Subscribe ler pe lagi.. tak rugi.... SUBCRIBE SINI LE!
Kalau tak saya nangis... (ape kena ntah cepat na banjir dua-tiga hari ni.... effect accident ni..)






Monday, May 10, 2010

Terkebil-kebil

Betul ke orang kata pemandu wanita ni lousy driver?


Yang aku tengok yang selalu mati accident ni orang lelaki je....


Aku bukan le nak main gender
, jauh sekali memboikot kaum adam...




Cuma aku kekadang sakit hati dengan pemandu lelaki yang melampau lagi tak bertimbang rasa...


No offense ok!



Sepanjang 8 tahun aku memandu (3 tahun takde lesen, 5 tahun ade lesen...la ok la tu kan...) macam-macam aku dah kena daripada pemandu-pemandu kaum adam ni...



Pertama yang paling aku ingat, seorang lelaki cina langgar aku dari belakang waktu aku berhenti kat simpang... pastu dia maki aku cakap aku menda binatang yg haram diorang suka makan tu... Oleh sebab aku takut cina tu dah macam ah long, aku pun diam je... buli!



Yang kedua kena langgar jugak dengan mat motor.... gesel aku pastu blah camtu.... Pernah jugak time tu drive kereta Honda mak aku, tetiba ada satu Harrier datang dari mana ntah macam kilat lepas tu hentam kanan kereta aku.... kemudian lari macam tu aja....



Paling sedih last year, ada satu kereta ni bawak laju gila depan umah aku, tak sengaja terlenyek kucing aku sampai mati.... setiap kali aku ingat ni, aku memang sebak sangat...




Dulu waktu aku bawak motor zaman aku kolej, pernah gak kena langgar ngan satu kereta ni, aku jatuh lepas tu dia lari jugak...





Dan yang the latest sekali ni petang tadi jam 6.55 pm, ada Citra langgar aku teruk gila, aku signal suruh dia berhenti tepi... Aku tgk suami isteri dalam kereta berpakaian korporat tapi tiada timbang rasa dan adab sopan....




Mak aku memang tak ajar aku bercakap kasar dengan org tua, so aku tanya dengan hormat-hormat siap bagi salam lagi...



Aku tanya kenapa pakcik langgar saya? Pakcik tak perasan saya ke?




Alasan dia oh sorry! spec I kabur... tak nmpak u tadi...


Ok, aku senyum jelah... mungkin betul ape dia ckp, padahal aku tgk spec dia baru je berkabus time dia keluar kereta...



Aku tanya lagi pakcik nak setel mcm mana ni?



Dia terus geleng2 masuk kereta dan memecut laju meninggalkan aku terkebil-kebil tepi jalan....




Sigh~.... nasib baik aku ambil number plat kereta dia....


Common la!...




Pakai baju korporat, suami isteri cantik bukan main.... tpi takde timbang rasa...





Dan kebanyakkan yang buat pasal ni pemandu lelaki... aku geram serious memang geram...



Tapi apelah sangat aku boleh buat, kalau depa sendiri yang takde manners....



ENTAHLAH WAHAI LELAKI!